Tuesday, March 31, 2009

MASA BERLALU DENGAN PANTAS

Bila aku tengok tv, gambar-gambar berkenaan suasana PRK ni, aku terkenang pada suasana PRU tahun lepas. Sudah setahun rupanya..memang cepat betul masa berlalu..



Pada tahun lepas jugak lah (2008), kali pertama aku libatkan diri dalam susana kempen pilihanraya..banyak perkara yang aku pelajari dari orang-orang yang berpengalaman dalam dunia politik...




Ini gambar di atas aku ambik masa majlis "Pelancaran Manifesto PAS dan Pengisytiharan Nama Calon Barisan Alternatif PRU ke 12". Majlis ni dibuat di perkarangan masjid Rusila, Marang, Terengganu. Tak silap aku, malam tu hari Rabu, 20 Februari 2008. Di atas tu sebahagian daripada gambar calon yang bertanding di Terengganu. (P/S : Sebahagian daripada gambar dalam posting nih agak kabur sikit, sebab diambik menggunakan kamera handphone 1.3 megapixel)




Gambar-gambar kat atas ni ialah suasana hari penamaan calon, bertempat di Pejabat Daerah Kuala Terengganu. Ini ialah sebahagian daripada gambar yang aku ambik. Kebanyakannya aku dah delete. Kami berarak, dari Pulau Kambing ke Pejabat Daerah, mengiringi calon-calon BA yang bertanding di 4 DUN, dan 1 Parlimen. Iaitu Haji Mohamad Sabu (Parlimen Kuala Terengganu), Dato' Tengku Hassan ( DUN Ladang), Haji Abdul Wahid Endut (DUN Wakaf Mempelam), Dr. Syed Azman (DUN Batu Burok), dan Dr. Abdul Manaf Che Mat (DUN Bandar). Dr. Abdul Manaf ni satu-satunya calon PKR di Parlimen Kuala Terengganu.




Kat markas ni la yang aku bertugas sepanjang kempen pilihanraya selama 13 hari. Markas besar PKR Terengganu. Semua bahan kempen PKR dari Pusat dibawak ke markas ni lah.. Masa ni persiapan tak cukup rapi lagi..banyak barang yang belum di kemas..kalau korang ada ternampak "bayang-bayang" seorang makhluk kat pintu tu, itu la Pak Mansor. Setiausaha PKR Bahagian Kuala Terengganu. Dia ni cukup baik ngan aku.


Kat atas ni gambar Mat Sabu, Tn. Guru Hj. Hadi, dan Menteri Besar Kedah, Ust. Azizan Razak. Ni sempena ceramah Tsunami PRU ke-12. 20 hari selepas kerajaan Kedah dibentuk, Ust Azizan mari berceramah di Perkarangan Masjid Rusila, Marang, bersama Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri, Abdul Muttalib Embong, Mat Sabu, dan Haji Hadi, dipengerusikan oleh Abdul Wahid Endut (yang menang PRK Kuala Terengganu baru-baru ni). Tak silap aku, gambar ni diambil masa hari Sabtu, 29 Mac 2008. Sekarang dah genap setahun gambar ni diambil....


Inilah sebahagian memori yang masih aku simpan dalam kepala aku nih... Memang aku pun berharap dapat jugak berkempen masa PRK ni, tapi apakan daya.. walaubagaimanapun, aku masih akan berkempen dalam alam cyber nih...


P/S : TOLAK KEPIMPINAN NAJIB, TOLAK CALON BN, UNDI CALON PR. Abis cerita...

Adakah Terjamin Nasib Rakyat Di Bawah Golongan Aristokrat?




Sengaja aku pilih tajuk panjang di atas, untuk "kenen"kan kat Najib. Dia ni dari golongan atasan. Tak pernah merasa kesusahan hidup, seperti yang pernah dialami oleh arwah bapaknya Tun Razak. Agak payah untuk merasai macamana hidup rakyat marhaen kalau pemimpin atasan tak pernah mengalaminya. Akibatnya timbullah sikap tak pedulikan rakyat bawahan, seperti kebanyakan pimpinan UMNO ini.

Najib Altantuya ni, masa perhimpunan agung UMNO lepas, melalak-lalak cakap nak bela nasib rakyat miskin. Tapi itu biasalah, seperti yang selalu diorang cakap time perhimpunan. Lepas tu senyap sunyi je. Kalau ada pun bantu rakyat miskin, tu pun time PRU atau pilihanraya kecik. Inilah biasanya kerja pemimpin-pemimpin UMNO. Realitinya sekarang, masih terlalu ramai rakyat yang miskin, merempat, yang rata-ratanya adalah orang Melayu. Inilah bahananya tersalah pilih pemimpin.


Ekonomi kita dulu setanding dengan negara-negara maju seperti Korea Selatan, Taiwan, dan Singapore. Tapi sekarang, tengok apa dah jadi?? Malaysia tertinggal jauh di belakang.. Tapi malangnya masih terlalu ramai Melayu yang bodoh, masih mengharapkan UMNO (terutamanya orang kampung). Golongan ni la yang senang kena tipu dek pemimpin-pemimpin UMNO. Setiap kali musim pilihanraya, tabur berbagai janji, pastu Melayu yang bangang ni undi jugak la...


Najib, seperti yang diketahui, cuba meniru stail ayahandanya. Tapi perlu diingat, Tun Razak dulu asalnya dari golongan marhaen, sebab tu la masa era Tun Razak, dia memang disayangi oleh rata-rata rakyat Malaysia. Tak macam Najib, membesar dalam suasana golongan bangsawan, memang tak tau kehidupan orang miskin macam mana..sebab tu la jangan harap Najib nak bela rakyat miskin..


Sama jugak dengan ekonomi negara ni, bolehke harapkan Najib??? Dulu dia pernah kata, "Malaysia terselamat daripada krisis ekonomi," dan "tiada masalah di Malaysia,". Tapi sekarang cuba tengok!! dilaporkan, sejak 19 Mac lepas, seramai 12,674 rakyat tempatan dibuang kerja!! Dan akan ada yang akan dibuang lagi pada beberapa minggu yang akan datang! Apa ni??? Kata Malaysia terselamat daripada kemelesetan ekonomi? Memang Najib Altantuya ni seorang yang tak boleh diharap...gerhana la Malaysia ni bila dia jadi PM.. Bajet mini 60 billion yang dia bentangkan hari tu pun tak banyak membantu..malang betul..

Dan ini lagi sekor, jugak dari golongan aristokrat, sepupu belah mak Najib, iaitu Hishamuddin Tun Hussein. Kalau nak harapkan dia bela Melayu, tak payah la. Bahasa sendiri pun tak terbela. Tengok, dia ni masih berdegil, tak nak hapuskan lagi PPSMI. Dasar tak paham bahasa. Dia cakap dalam Dewan Negara, pelajar tahun 1-3 belajar Sains dan Matematika dalam bahasa kebangsaan. Pastu naik tahun 4-6, belajar dalam dwi-bahasa. Pastu bila naik ke sekolah menengah, baru la diajarkan penuh dalam Bahasa Inggeris! Tak payah la kau melalak nak bela bangsa... Pada orang-orang Melayu, jangan la harapkan UMNO membela bangsa dan rakyat miskin..memang dah terbukti, tak boleh diharap...


Posting ini adalah sempena Pilihanraya Kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau, dan Batang Ai.. Mesej aku , " TOLAK KEPIMPINAN NAJIB"...

Monday, March 30, 2009

Politik "KIDNAPPING"

Sejak Najib dah dekat-dekat nak jadi PM, banyak sangat kes hilang yang melibatkan dia nih. Agaknya kerja dia ni kidnap orang lah. Mula-mula dulu Altantuya hilang. Jasad pun takde. Rupa-rupanya dah hancur kena c4.




Biasanya "mangsa-mangsa" yang hilang ni dikhuatiri menjejaskan imej Najib. Contohnya, pertengahan tahun 2008 lepas, P. Balasubramaniam, seorang penyiasat persendirian, buat akuan bersumpah mengenai hubungan diantara Najib, Razak Baginda, dan Altantuya. Kalau dibaca akuan tu, memang jelas boleh menjatuhkan imej Najib, dan menjejaskan kuasanya. Pastu, keesokan harinya, Bala tarik balik akuan bersumpah tu dan reaksi wajahnya berbeda dengan wajahnya pada hari sebelumnya. muram dan sugul. seperti tertekan.

Lepas tu, dia ni dilaporkan hilang. Sampai sekarang senyap macam tu je... (Weii Balaa...mana ko???) Kemana menghilang tiada surat datang....


Dan, yang terbaru, permulaan krisis di Perak. 2 ADUN PKR yang bermasalah, Jamaluddin Mohd Radzi dan Osman Jailu, yang jugak exco, beberapa hari hilang, tak dapat dikesan. Begitu jugak dengan bekas ADUN BN dari Bota yang melompat ke PKR, Dato' Nasaruddin Hashim, dilaporkan hilang. Bininya memberitahu, dia dibawak beberapa orang yang dikenalinya, kononnya Raja Muda nak jumpa. Last-last, jumpa jugak tiga-tiga ni dalam TV. Membuat kenyataan, menyokong Najib, ADUN DAP pun ada jugak sekor (Hee Yit Fong - Jelapang). Maka berlakulah berbagai insiden di Perak...semuanya gara-gara politik kidnapping...






Bahaya betul Najib Razak ni...tu tak jadi PM lagi tu...rasa-rasa lah, bila dia berkuasa nanti, berapa ramai musuh politiknya yang akan "hilang" nanti?? Aku rasa la, kalau Sultan Perak, Tuanku Azlan Shah tak hiraukan permintaan Najib untuk bentuk kerajaan BN Perak (Sultan Perak ni pakar undang-undang, mesti dia tau), mesti Sultan pun turut hilang..hahahaha!!


Sultan Azlan terpaksa turuti kehendak puak-puak Najib, nanti kalau tak, mesti dia kata, "kalau tak, sama la nasib aku dengan Altantuya dan Balasubramaniam..."


KAHKAHKAH........

Sunday, March 29, 2009

PENAMAAN CALON

Hari ni, Ahad 29hb adalah hari penamaan calon bagi tiga kawasan PRK iaitu Bukit Gantang, Perak, Bukit Selambau, Kedah, dan Batang Ai di Sarawak. Mesti meriah suasana perarakan kat sana. Dan dikhabarkan, jumlah pengiring-pengiring calon Pakatan Rakyat di ketiga-tiga kawasan terbabit melebihi pengiring yang mengiringi calon BN. Berikut adalah info ringkas mengenai ketiga-tiga lokasi Pilihanraya Kecil :


BUKIT GANTANG




3 calon dah diumumkan layak bertanding. 3 borang pencalonan dah diterima oleh pihak SPR, calon yang bertanding ialah YB Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS), Ismail Saffian (BN), dan Kamirul Amizul (Bebas). Nasib baik calon AKIM takde! YB Nizar menyerahkan borang pada pukul 9.06 pagi, Ismail lak serahkan pada pukul 9.20 pagi. Laungan Takbir berkumandang dan bergemuruh bila ketika pengumuman nama YB Nizar. Pengiring YB Nizar dijangkakan berjumlah lebih dari 10,000 orang.


Di luar, penyokong-penyokong BN tak abis-abis memainkan isu Nizar sembah derhaka. Siap dibuat banner lagi. Ada sesetengah mereka pakai kain selepang kuning. Patut di "check" dulu, UMNO banyak derhaka terang-terangan pada Raja-Raja Melayu.


BUKIT SELAMBAU


Kat sini, dah pecah satu rekod. Patut dimasukkan dalam book of record. Seramai 15 calon mengambil bahagian untuk merebut kerusi DUN ni. Kerusi DUN Bukit Selambau dipertandingkan oleh S. Manikumar (PKR), S. Ganesan (BN), dan calon-calon Bebas ialah :

1) Anuar Abdul Rahim
2) Radzi Md Lazim
3) Khamis Awang
4) A. Jayagopal
5) Tan Hock Huat
6) T. Chandrarajan
7) S. Moganakumar
8) Husaini Yaacob
9) Abdul Rahim Abu
10) L. Sarala
11) M. Venason
12) R. Loganathan
13) Mohd Fazil Abdul Wahab

Memang laluan yang cukup sukar bagi PR untuk menang kerusi DUN ni. Ramai jugak calon Melayu. dahla kawasan DUN ni bermajoriti Melayu. Kalaula ditakdirkan calon Melayu Bebas menang, harap-harapla dia masuk PR untuk kukuhkan kerajaan negeri Kedah pimpinan Ustaz Azizan Razak. Penyokong PR dijangka hadir lebih kurang 10,000 orang. Diorang ni diberikan tempat berkumpul di kawasan semak, berbanding penyokong BN yang tempatnya agak selesa. (gambar di bawah)

Keadaan tempat pengiring-pengiring PR berkumpul.



BATANG AI


Kat sini, hanyalah pertandingan satu lawan satu, diantara calon dari PKR, Jawah Gerang, menentang calon dari BN, Malcom Mussem Lamoh. Dikhabarkan pengiring bagi calon PKR juagk melebihi pengiring calon BN. Nampaknya penduduk Sarawak amnya dan pengundi Batang Ai khasnya dah ingin merasai angin perubahan di Sarawak. Diharapkan kemenangan berpihak kepada calon PR.

Sekian.

CELAKA INI SUDAH TERCEMAR

Berikut adalah tulisan si tua ni dalam blog dia (chedet) :


Saya rasa diri saya akan tercemar jika saya berada dalam majlis yang disertai oleh orang yang mendukung amalan rasuah.




Maka, gambar di atas ni telah membuktikan, orang tua yang celaka ini dirinya sudah tercemar. Dia menyalak dalam blognya, perbuatan merestui rasuah adalah satu pengkhianatan kepada bangsa Melayu dan negara Malaysia.


Kalau macam tu dia sendiri la yang mengaku dia pun melakukan pengkhianatan. Masa jadi PM dulu, bukannya sikit kes rasuah melibatkan pimpinan UMNO, tapi dia ni buat-buat tak tau. Tu bermakna dia pun merestui rasuah. Dah nyanyok agaknya orang tua ni. Pi la ko bergelumang dalam najis UMNO.


Kata tak nak datang ke perhimpunan, last-last datang jugak.

Saturday, March 28, 2009

SHAHRIR NAK LETAK JAWATAN


Calon Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang kalah, merangkap Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Shahrir Samad, akan letak jawatan Rabu depan ekoran kekecewaannya tak terpilih jadi MT UMNO. Dia kata, mengikut prinsip parti, sesiapa yang tak terpilih jadi MT patut mengundurkan diri dari jadi menteri, kerana tak dapat kepercayaan daripada perwakilan. Shahrir ni jugak cakap, jika dia tak letak jawatan, dia akan rasa susah nak berbahas dalam Parlimen, sebab dari kalangan UMNO pun tak yakin dengan dia, apatah lagi pembangkang. Jadi, dia akan melepaskan jawatan sebagai menteri, pada rabu ni. Kesian abang pada Khalid Samah nih...(MP Shah Alam - PAS)




Sementara tu, Rais Yatim, Menteri Luar, yang turut kalah dalam pemilihan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, tidak akan letak jawatan. Dia cakap dia akan tetap pegang jawatan sebagai seorang menteri. Rais ni tak sanggup lagi nak lepaskan nikmat kerusi empuk menteri..hehehe... Dia ni bekas orang kuat Parti Melayu Semangat 46 dulu (Timbalan Presiden), dan bekas Team B.

PERBANDINGAN

Satu perkara yang aku rasa bangga dan kagum ngan orang Kelantan ialah kecerdikan diorang dalam berpolitik. Tak hairanla kalau Kelantan berjaya bertahan selama 4 penggal di bawah pemerintahan bulan purnama. Salah satu faktor penting diorang memilih dan mengundi PAS sebagai wadah perjuangan ialah kesedaran agama yang tinggi. Kalau kita tengok kat negeri Kelantan, penuh dengan pondok-pondok pengajian agama. Begitu gak kalau kita tengok kat kolej-kolej atau universiti berasaskan agama, mesti ramai orang Kelantan.



Kat Kelantan, terlalu ramai ustaz , dan alim ulama'. Ini menyebabkan pemimpin mana yang patut diorang pilih. PAS memang dikenali sebagai parti yang kuat di sebelah pantai timur, terutamanya di Kelantan dan Terengganu. Aku orang Terengganu, aku tau la. Memang budaya orang pantai timur yang cenderung kepada sesuatu yang berasaskan agama (amnya). Tapi apa yang aku nak kata kat sini, memang terdapat perbedaan di antara pengundi dan penyokong PAS Kelantan dan Terengganu. Terus terang aku cakap, orang PAS kat Kelantan lebih cerdik dan pandai dari orang PAS Terengganu.



Buktinya, kalau kat Kelantan, diorang tak mainkan isu yang remeh untuk mengundi. Antaranya ialah isu anak tempatan. Kat Kelantan, tak kiralah calon anak dari mana pun, asalkan guna lambang bulan, diorang mengundi. Tak macam pengundi PAS Terengganu yang BANGANG, isu anak tempatan jadi isu. Kita tengok PRU-12 lepas. Mat Sabu, anak Pulau Pinang, kalah di Parlimen Kuala Terengganu. Sebabnya? dia bukan orang Terengganu! Aduh...malunya aku jadi orang Terengganu....apasal la bodoh dan bengongnye orang Terengganu ni?! Post mortem dibuat, lebih 2 ribu penyokong dan pengundi PAS tak mengundi calon PAS Parlimen Kuala Terengganu, masa PRU-12. Diorang lebih rela pangkah calon BN, Razali Ismail. Kalau orang PAS Terengganu cerdik, dah lama Mat Sabu masuk parlimen.



Kalau pengundi Kelantan, diorang menangkan calon luar. Contohnya, Nasharuddin Mat Isa (Parlimen Bachok) dan Saifuddin Nasution (Machang). Malah, Ibrahim Ali (katak) yang jahat tu pun pengundi PAS menangkan di Pasir Mas, sebab Ibrahim guna lambang bulan. Kenapa la pengundi Terengganu tak secerdik pengundi Kelantan? Memang, bagi aku, PAS kat Terengganu cukup jauh beda dengan PAS Kelantan. Bagi aku, PAS Terengganu lah ekstrim. Aku tak kisah kenyataan ni turut terpalit kat aku, sebab aku orang Terengganu. Aku cuma menyampaikan kebenaran, benda yang aku tengok sendiri. Dulu ada dakwaan sesetengah pihak, penyokong PAS Terengganu kasar. Itu memang tak dapat dinafikan. Memang betul.


Cukup memalukan melayu bodoh di Terengganu bersikap macam tu. Cara orang cina berpolitik tak macam ni. Lim Guan Eng, orang Melaka, tapi bolah jadi Ketua Menteri Pulau Pinaang! Cina Pulau Pinang tak kata apa pun?? Susah, orang Terengganu ni. Ini mungkin akibat dari pimpinan Terengganu sendiri, ada yang "ekstrim dan taksub pada tok guru". Orang Terengganu jangan harap PAS dapat perintah kalau masih ada pimpinan macam ni. Jangan mendabik dada, sebab kemenangan PRK Kuala Terengganu baru-baru ni. Itu kerana banyak bantuan dari negeri-negeri luar. Kalau PRK tu orang PAS Terengganu sendiri yang handle, aku pun tak pasti Wahid Endut tu dapat jadi MP ke tak.



Bagusnya tarbiyah TGNA di Kelantan....tak macam sikap tok guru Terengganu. Kasar.

Friday, March 27, 2009

FAIRUS KENA TAHAN


Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin, aku dengar citer, dia ditahan kat Tambak Johor oleh pihak imegresen masa nak masuk kat Singapura. Lepas tu dia ni diserahkan kepada SPRM untuk siasatan berkenaan isu kes rasuah pemberian tender kuari yang melibatkan dia di Pulau Pinang. Dia mengumumkan meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1, berkuatkuasa 8 April ni.


Dia kata, dia ni mangsa konspirasi. Ramai yang buat fitnah kat dia. Aku pun tak tau nak kata apa. Mungkin logik jugak kalau dia ni mangsa dengki memandangkan dia ni muda lagi (34 tahun), tapi dah pegang jawatan besar, so mungkin ramai yang dalam PKR tu yang jeles. entahla. Anwar Ibrahim pernah tegur dia dalam satu majlis terbuka berkenaan dia ni tak turun padang.


Itulah ujian bila seseorang tu pegang jawatan besar. susah nak memegang amanah. Aku pernah berbual sekejap dengan si Fairus ni, kami terserempak di Kinokuniya, KLCC, Mei tahun lepas. Sebelum aku mintak diri, aku tinggalkan pesanan kat dia ni, "Jadilah wakil rakyat yang baik, yang jalankan tugas dan amanah". Dan dia hanya jawab, "InsyaAllah".


Biar kebenaran je yang menentukan. Bila kebenaran datang, maka terhapuslah kebatilan.

Sekian.

TOYOL SALAHKAN PR!


Calon Ketua Pemuda UMNO yang kalah, Khir Toyol kata, salah satu punca kekalahan dia ialah PR. Sebab, kerajaan Selangor yang diperintah PR tak habis-habis serang dia berkaitan isu Balkis. Hahaha kesian toyol ni. Alasan semata-mata. Kalau dah namanya Toyol, kalau tak mencuri, tak dipanggil toyol. Penyakit songlap duit dah berjangkit kat bini.


Orang yang hatinya tengah bersedih lagi terluka, bagaikan tak dapat terima hakikat yang impian dia nak jadik ketua pemuda hancur berkecai! Orang jahat macam dia tak layak jadi ketua. Masihkah korang ingat rumah-rumah orang melayu dirobohkan di Selangor masa dia perintah dulu?? Surau 100 tahun pun jadi mangsa. Marahkan pegawai daerah sebab gagal kutip cukai seperti yang disasarkan, hadiahkan penyapu. Last-last si muka botox ni kena "sapu" masa PRU-12.

Nasib kau la toyol...dah takde modal ko nak serang PR. Isu lembu, isu moral Elizabeth Wong, pastu fitnah ko kat Teresa Kok, berkaitan azan, semua dah dipatahkan la.. rumah harga berjuta, masa ko perintah dulu takkan ko tak cekau duit?? Dah tak jadi MB, aku dengar cerita ko buat kerja sambilan, jual tempe, betul ke?


Aku rasa kalau ko nak pendapatan lumayan, elok ko jadi pelakon dalam video klip lagu "Toyol" nyanyian Aznil Nawawi...


Nasib kau la toyolll.....

Berita Perhimpunan Agung UMNO (2)


KEPUTUSAN SUDAH DIUMUMKAN


Akhirnya, proksi kepada Dolah Badawi, merangkap menantu kesayangannya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berjaya merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. Dia mengalahkan anak Mahathir tua haprak, Mukhriz dan Khir Toyol. KJ dapat 304 undi, mengalahkan Khir Toyol tempe,254 undi dan Mukhriz, anak mak, 232 undi. Dah namanya pun parti rasuah, so mestilah para perwakilan UMNO memilih calon yang rasuah... Salah sorang orang Dolah dah berjaya dapat jawatan dalam pemilihan UMNO. Khabarnya, masa KJ diumumkan menang, kelibat si Toyol langsung takde. Dah lari la tu. Kecewa, dan pedih hatinya kot. Pada mulanya, Khir Toyol tu dapat undi yang selesa. Tapi ntah macam mana, pengundi Khir Toyol beralih kepada Mukhriz pada saat-saat akhir. Pengumuman kemenangan KJ diumumkan oleh pengerusi tetap, Abdul Fatah Iskandar.


Bagi jawatan Ketua Wanita UMNO pula, Shahrizat Jalil berjaya mengalahkan bekas ketua dia, Rafidah Aziz. Shahrizat dapat 507 undi, Rafidah hanya dapat 280 undi. Berakhirlah Wanita UMNO dibawah nenek Kuala Kangsar yang menjadi ketua tersangat lama. Balik berehat je la Rafidah oii.... Manakala Naib Ketua Wanita dimenangi tanpa bertanding oleh Kamilia Ibrahim.

Berseri-seri saja muka Shahrizat bila dah menang....


Bagi jawatan Ketua Puteri UMNO pula, Rosnah Abdul Rashid Shirin dipilih untuk menggantikan bekas ketua beliau, Datuk Noraini Ahmad.


Jawatan Naib Presiden UMNO lak dimenangi oleh 3 menteri, iaitu Menteri Pelajaran Hishamuddin Keris (penakut cicak, cerita Jamil Kucing), dapat paling sikit, 1515 undi. Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Shafie Apdal dapat 1445 undi. Mungkin ini boleh lagi mengeratkan hubungan diantara UMNO Sabah dan UMNO Semenanjung. Lagi sekor ialah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, yang jaga hal ehwal agama (malas nak sebut nama, benci!), dia ni dapat undi tertinggi, iaitu 1592.

Jawatan kedua tertinggi plak, iaitu Timbalan Presiden, hanya tinggal 2 calon saja, selepas Ali Rustam tak dibenarkan bertanding, sebab politik wang. Yang tinggal ialah Muhyiddin dan Mat Taib. Mat Taib aku berani confirm, dia pun rasuah jugak, mustahil bangsat macam dia ni tak main duit! Aku cukup tak suka dan benci kalau dia jadi TPM. Mat Taib ni dosa dia sangat berat, banyak kesalahan, yang ketara ialah memecahbelahkan orang kampung di negeri Pakatan Rakyat, dengan menubuhkan JKKKP. Dasar si tua, tak ingat mampos!


Jawatan ni dapat jugak kat Muhyiddin Yasin, sesuai la dia ni bergandingan dengan Najib Altantuya. Dia ni dah semacam gilakan kuasa, mendesak Dolah Badawi percepatkan peralihan kuasa, sebab dia pun nak merasa kerusi empuk TPM! Lepas ni dapat tengok si Muhyiddin ni mengipas-ngipas ponggong Najib, sampai hangus. Muhyiddin dapat 1575 undi, menewaskan Mat Taib yang hanya dapat 916 undi.


Jawatan Majlis Tertinggi UMNO, 2 menteri ( Azalina Othman dan Shahrir Samad), 3 timbalan menteri (Noraini Ahmad, Johari Baharum, dan Hasan Malek), 4 menteri besar ( Adnan Yaakob, Mat Hassan, Abdul Ghani Othman, Mat Isa Sabu) gagal untuk jadi ahli majlis tersebut.

Kat atas ni adalah mereka-mereka yang berjaya jadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Apa-apapun, seperti yang aku kata, adakah perlantikan mereka semua dapat mengubah negara menjadi lebih baik? Adakah nasib Melayu terbela??? Kita tengok saja..tapi hati aku kata, tetap takde perubahan...


Tahniah pada mereka yang dapat jawatan baru.

TAK DAPAT UPDATE

Salam 2 all...


Seribu kemaafan dipohonkan kerana "disappeared" selama 2 hari, blog ni pun sikit tak update, laptop pun aku tak sentuh. Ini kerana aku terpaksa menghadiri satu program yang bagi aku, tidak terlalu penting, tapi terpaksa pergi, kerana berkait rapat dengan soal ketaatan.


Selama aku takde, memang banyak berita "sensasi" yang aku terlepas. Bila aku dah dapat tau, aku umnpama orang yang terlepas LRT. Ini dah melawan fitrah aku yang "sentiasa update". Maklumla cuti semester ni satu kerja pun aku tak buat. Mengadap laptop saja lah kerjanya. Aku ni dikira kerjalah jugak, tapi tak bergaji, iaitu full-time blogger. Tugas aku sebagai pemerhati politik, dan pemberi informasi percuma kepada pengunjung-pengunjung sekalian.


Sayangnye kerja ini hancussss seketika bila terpaksa menghadiri satu program yang agak menjemukan....


Akhir kata, sekali lagi dipohonkan kemaafan..... =)

Wednesday, March 25, 2009

BERMULANYA ERA KEGELAPAN...


Inilah tanda-tanda awal negara kita menuju era kegelapan, sama seperti era Mahathir tua haprak memerintah. Najib belumpun menjadi PM. Tapi kezaliman semakin bermaharajalela. Persis seperti zaman 10 tahun dulu.. 2 malam lepas, ceramah Anwar Ibrahim diserang oleh FRU, menghadiahkan hadirin gas pemedih mata dan mandi percuma air kimia.


Inilah golongan yang jahat, zalim, dan celaka. PDRM, FRU, SB sudah jadi sayap parti BN. Alasannya, ceramah malam tu tidak ada permit. Polis dan FRU serang perhimpunan tanpa beri amaran terlebih dulu. Alangkah malangnya nasib rakyat di negara ni...sedangkan jenayah masih bermaharajalela, tapi polis duk sibuk jaga pembangkang..


Ditambah lagi dengan cubaan menyekat informasi dari media alternatif dengan menggantung permit Harakah dan Suara Keadilan...sama dengan 10 tahun dulu, majalah Detik diharamkan, Harakah hanya diterbitkan jarang-jarang..


Sebelum ni pun polis dah mengepung ceramah Anwar Ibrahim dan Dato' Seri Nizar Jamaluddin di Perak. Dan ceramah Anwar Ibrahim berikutnya, terpaksa dibatalkan, menurut satu sumber, Anwar Ibrahim tak sanggup budak-budak dan wanita jadi mangsa gas pemedih mata. Memang UMNO/BN semakin terdesak, pemerintahan lebih teruk di bawah Najib nanti. Demokrasi semakin mamposss...


Katakan "TIDAK" pada pemerintahan Najib.

Aku masih lagi merasa perit kena gas masa perarakan PPSMI...

Berita Perhimpunan Agung UMNO (1)

PERASMIAN PERSIDANGAN WANITA, PEMUDA, DAN PUTERI UMNO.
Semalam aku tengok siaran ni di tv9, pukul 9.30 mlm. Ucapan perasmian oleh Najib Altantuya al-Mongolia. Gaya ucapannya, seakan-akan merasakan dia dah jadi Presiden UMNO, dan PM. Begitu bersemangat dan berkobar-kobar, melalak-lalak soal membasmi kemiskinan, membela Melayu, Agama, dan negara. Poooorahhhhh..... Berucap pun guna skrin lutsinar.. Dolah pun tak sempat guna skrin itu.


Najib ni hanyalah mengungkit jasa UMNO yang dulu-dulu, terutamanya jasa bapak dia yang membuka tanah kepada orang Melayu dan juga Felda. Dan dia jugak kata UMNO lah penyelamat tatkala negara dilanda krisis ekonomi pada 1997-1998 dulu. Sekarang, macamana? tahun 2009. Ramai pekerja dah dibuang..apa cerita?

Dia jugak ada cakap pasal pembaharuan serta reformasi..juak-juak serta para pengipas ponggong UMNO, apalagi, bersorak bertepuk tangan la...omong kosong... Si Najib ni jugak menyentuh soal politik wang, ia perlu dihapuskan... Komisen kapal selam scorpene apa macam? Sukhoi Jet? Eurocopter?


Memang ramai UMNO lupa, bahawa parti yang diorang duduki sekarang ni bukanlah UMNO 1946 dulu...tapi ia ciptaan Mahathir tua haprak, (UMNO Baru, 1988).. Najib banyak menyentuh soal mengubah serta mengkaji..perlembagaan serta sistem kuota..


Inilah drama yang biasa kita lihat, ucapan-ucapan yang sama, dalam perhimpunan agung UMNO, bercakap itu dan ini, tapi realitinya..selepas perhimpunan :

1) masih ramai melayu yang miskin dan merempat
2) kedaulatan bahasa melayu entah ke mana
3) rasuah tetap berleluasa sama ada dalam atau luar UMNO..

Celoteh Awal Pagi





LAGI ISU PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH



Walaupun isu ini dah selesai, pihak KDN menarik balik warta yang membenarkan penggunaan kalimah suci Allah dengan sewenang-wenangnya dalam penerbitan yang berkaitan dengan agama Kristian, tapi aku ingin lagi mengulas isu ni, sebab aku cukup "berbulu" dengan kenyataan orang-orang tertentu.


Aku tetap dengan pendirianku, iaitu TIDAK BERSETUJU malahan menentang dengan permintaan golongan Kristian untuk menggunakan kalimah Allah dalam Bible, dan risalah-risalah keagamaan mereka. Aku sependapat dengan YB Zulkifli Noordin, tidak setuju dan menentang keras. Tapi sekarang ni masih ada yang kurang ajar, masih lagi bahaskan isu tersebut, bahkan meminta orang ramai mengundi, bahawa setuju atau tidak kalimah Allah digunakan. Itulah Majlis Peguam - badan yang anti-Islam (la'natullah). Seperti yang diketahui, dalang Inter Faith Commisioner (IFC) adalah Majlis Peguam. Dalang kes Lina Joy serta kes murtad yang lain juga Majlis Peguam. Forum Memeluk Islam, jugak kerja Majlis Peguam.


Ya, aku akui bahawa memang penggunaan Allah dalam bible secara meluas di Indonesia, negara-negara Arab. Masyarakat di sana terdedah dengan percampuran budaya. Bible di negara Arab, tak sama dengan Bible di Jepun. Begitu gak Bible di Indonesia tak sama dengan Bible di Sudan. Sebab ia mengikut budaya masyarakat setempat. Contohnya, Jesus - seperti yang kita tahu, berkulit putih. Tapi, di Sudan, Jesus berkulit hitam. Ia dibuat untuk disesuaikan dengan masyarakat setempat.


Masyarakat Muslim di Malaysia tidak biasa dengan budaya sebegini. Aqidah pun masih lagi di tahap yang lemah. Lagipun Malaysia ni tak sama dengan Indonesia, jika Malaysia, kalau Melayu, dah tentunya Islam.


Sebenarnya apa agenda puak-puak kristian ni? Kenapa baru sekarang menyalak nak buat tuntutan? Kenapa beria-ria sangat???? Memang ada Bible yang dicetak dalam bahasa Melayu/Indon yang meletakkan kalimah Allah. Kenapa ia terjadi? Kalau bukan kerja Missionary Kristian, yang berniat nak mengelirukan orang Islam di negara ni?


PERSOALAN YANG UTAMA, ADA KE KALIMAH ALLAH DALAM BIBLE?

Jawapannya tiada! Yang ada kalimah Allah ialah yang edisi baru. Asalnya, Bible langsung tidak mempunyai perkataan Allah..jika diorang nak masukkan perkataan Allah dalam Bible New Testament diorang, maka terdapatlah penyelewengan, percanggahan dan lain-lain lagi.. kita tengok contoh,


Bible New Testament dalam Kejadian 1 ayat 1-3 : Allah menciptakan langit dan bumi serta isinya, pada mulanya Allah menciptakan langit dan bumi. Bumi belum berbentuk dan kosong, gelap gelita menutupi samudera raya dan roh Allah melayang-layang di atas permukaan air.


Dalam surah yang lain, Matthew 27:46 : Jesus berteriak dengan suara yang lantang, "Eli-Eli (tuhan) mengapa Engkau tinggalkan aku" (Eli-Eli lama sabakhtani?)


Dua ayat kat atas, memang dah ada perbezaan. Kenapa timbul perbezaan ni?? Satu ayat gunakan "Tuhan", lagi satu gunakan "Allah". Macamana puak-puak Kristian nak guna perkataan Allah, sedangkan pada masa yang sama diorang masih menganggap Jesus tu tuhan?? Apakah aqidah dan amalan diorang sama dengan perintah Allah kepada Nabi Musa (Mose), Nabi Isa (Jesus), dan Nabi Muhammad SAW??


Patut ke tak, menggunakan perkataan Allah, tapi pada masa yang sama menafikan kebenaran al-Quran serta tak tunduk kepada Nabi terakhir, Muhammad??


Tapi, Nik Aziz kata tak mengapa Kristian gunakan perkataan Allah. Begitu jugak ngan Dr. badrul Amin, dengan beralasan bukankah Allah itu tuhan semesta alam - satu pendapat yang dangkal dan jelek. Memang betul, tapi adakah puak-puak keristian tu beriman dengan sebetul-betulnya kepada Allah??? Inilah kenyataan 2 orang tokoh politik, yang aku cukup berbulu...


Dr. Badrul Amin kata, jika niat puak Kristian nak dakwah kepada orang Islam, maka itu dah menyalahi perlembagaan. ( banyak risalah yang diedar ada agenda kristianisasi, mana ada tindakan??? Puak-puak ni mana takut ngan undang-undang).


Nik Aziz pulak kata, senang untuk berdakwah kepada bukan Islam, sebab Islam menunjukkan keterbukaannya. (silap haribulan, jadi terbalik! Bukan Islam pulak berdakwah pada Islam, mengelirukan orang Islam).


Jika kedua tokoh ni mengeluarkan kenyataan tersebut, hanya sekadar nak jaga hati rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, (terutama Badrul Amin) - cukup mengecewakan!!!

Ditambah lagi dengan kenyataan bekas Mufti Perlis, Dr. Asri.

Dibimbangi ini akan mengelirukan orang yang baru berjinak-jinak dengan Islam, orang yang baru mengenal Islam, pelajar-pelajar sekolah, anak-anak kecil yang baru kenal kepada Islam - cukup mudah jika kristian berdakwah pada golongan ni - dengan hanya turut gunakan perkataan Allah...


Jadi, kena beringat sebelum kena... Dalam PKR, pun ada pimpinannya yang nak sangat gunakan perkataan Allah dalam penerbitan Kristian - Irene Fernandez dan Jeffrey Kitingan. Mudah-mudahan niat buruk tersebut dihalang oleh Allah SWT...


Lagipun, Bible hanyalah ajaran daripada Paulus, Marcus, Matthew, Lucas, dan Yohanes. Bahkan, Paulus la yang bertanggungjawab memperkenalkan konsep Triniti ( Father, Son, and Holy Spirit). Menyebabkan ada 3 tuhan dalam 1 tuhan. Paulus ialah orang Yahudi, yang merosakkan ajaran Nabi Allah Isa anak Maryam a.s

Tuesday, March 24, 2009

Nik Aziz Dah Bagi Restu...



Mursyidul Am PAS, jugak merangkap Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dah bagi restu kat calon PRK p.59 Bukit Gantang, Hj. Nizar Jamaluddin untuk bertanding pada 7hb depan.


Dia cakap Nizar sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak adalah calon yang tepat untuk berdepan dengan calon dari UMNO/BN, Ismail Saffian. " Saya dah hubungi Nizar dan merestuinya untuk bertanding," Nik Aziz bagitau kat wartawan selepas menerima lawatan daripada Pesuruhjaya Tinggi India, Ashok K. Kantha kat pejabat dia.


Nik Aziz berkata bulan lepas, dia tak setuju dengan cadangan untuk meletakkan Nizar sebagai calon di Bukit Gantang, kerana kedudukannya sebagai Menteri Besar Perak.


Sementara itu, Nik Aziz juga menyatakan rasa kesal dia kerana keputusan KDN menggantung permit penerbitan akhbar milik parti pembangkang, iaitu Harakah dan Suara Keadilan selama 3 bulan. Dia kata, tindakan tersebut tak demokratik dan mempunyai kaitan dengan penglibatan kedua-dua parti (PAS dan PKR) dalam Pilihanraya Kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau, dan Batang Ai.

ALHAMDULILLAH...

CALON PR P.59 SUDAH DIUMUMKAN



Alhamdulillah...syukur ke hadrat Ilahi, akhirnya PAS telah memilih calon Parlimen P059 Bukit Gantang, yang dipersetujui oleh orang ramai, merangkap Menteri Besar Negeri Pakatan Rakyat Perak, iaitu Haji Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, untuk berdepan dengan calon daripada UMNO/BN, Ismail Saffian.


Memang dari awal-awal lagi aku amat bersetuju serta menaruh harapan agar Ir. Nizar menjadi calon. Akhirnya ia menjadi kenyataan. Marilah kita sama-sama bagi sokongan kepada calon pilihan PAS serta PR di Bukit Gantang, tidak ketinggalan di Bukit Selambau dan Batang Ai. Hari penamaan calon ialah pada 29hb Mac, Ahad depan, dan tarikh pembuangan undi pada 7hb April, pada hari Selasa. Serentak di ketiga-tiga lokasi pilihanraya kecil. Inilah masanya rakyat menunjukkan bantahan kepada kepimpinan Najib Mongolia, dengan memenangkan calon-calon PR di ketiga-tiga kawasan terbabit, serta menunjukkan signal kepada Tuanku Sultan Perak bahawa DUN Perak perlu dibubarkan.


Gambar pengumuman calon PR Bukit Gantang, diumumkan oleh Presiden PAS, malam semalam. Ir. Nizar merupakan calon yang disebut-sebut untuk menggantikan Allahyarham Roslan Shaharum di Bukit Gantang, untuk berdepan dengan Ismail Saffian dari BN, yang merupakan bekas ketua penerangan UMNO di bahagian tersebut. PAS yakin dapat mempertahankan kerusi Bukit Gantang ekoran krisis politik di Perak.




Parlimen itu mempunyai 55,471 pengundi yang terdiri daripada 63.48 peratus pengundi Melayu, 26.77 peratus pengundi Cina, 9.71 peratus pengundi India dan lain-lain pengundi 0.4 peratus.

Terdapat tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di parlimen itu iaitu Changkat Jering, Trong dan Kuala Sepetang. Dalam pilihanraya umum lalu, BN menang di Trong manakala dua lagi dimenangi PKR.



Dalam PRU lepas, Allahyarham Roslan dari PAS mengalahkan calon BN, Azim Zabidi dan calon Bebas, M. Morgan dengan majoriti 1,566. Kali ini, pastikan PAS menang dengan majoriti yang lebih tinggi, InsyaAllah...


Tidak ketinggalan calon PR di DUN N.25 Bukit Selambau, S. Manikumar dari PKR, sokongan padu mesti diberikan untuk memperkukuh kerajaan PR Kedah pimpinan Ustaz Azizan Razak.


Di DUN Batang Ai, Ketua Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bekas ahli parlimen Lubok Antu, yang berkhidmat selama 5 penggal, Jawah Gerang sebagai calon di DUN tersebut. Pengumuman calon dibuat di Hotel Grand Continental, Kuching turut dihadiri oleh beberapa pimpinan PKR dan DAP Sarawak.

Masing-Masing Punya Kelebihan

Salam 2 all..


Pagi ni aku nak bercakap tentang masing-masing ada kelebihan tersendiri. Sesetengah orang, kelebihan yang ada pada dirinya tidak terdapat pada diri orang lain. Kadang-kadang seseorang tu tengok orang lain punya banyak kelebihan, tapi dia tak sedar yang dia pun ada kelebihan, yang tiada pada orang lain.


Di sini aku nak menulis pasal kelebihan menulis dan berpidato. Sesetengah tokoh dikurniakan oleh Allah SWT akan bakat berpidato. Akan tetapi, jika menulis, dia tidaklah sehebat sebagaimana dia berpidato. Begitu juga dengan sesetengah tokoh yang dikurniakan bakat menulis, sehingga mampu menghasilkan beberapa buah buku dalam masa yang pendek, ataupun menulis beberapa kali dalam satu hari, tetapi tidak dikurniakan kelebihan berceramah mahupun berpidato. Begitulah yang selalu berlaku. Kelebihan yang ada pada orang tak terdapat pada kita, tetapi kita pun ada jugak kelebihan yang tidak terdapat pada diri orang lain.


Ada yang lebih bernasib baik, dikurniakan oleh Allah SWT kedua-dua bakat menulis dan berpidato. Antara tokoh penulis yang aku kagumi ialah Mohd Sayuti Omar (MSO), Hishamuddin Rais, Shamsuddin Othman (Dinsman), Subky Abdul Latif, dan Yahaya Ismail.


Bagi pidato pula, tokoh yang aku minat ialah Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu, Haji Mahfuz Omar, Zulkifli Noordin, Ir. Mohd Nizar Jamaluddin, dan Ezam Mohd Noor. Mereka ni satu buku pun tak pernah hasilkan, tapi ceramah diorang mampu menarik minat orang ramai.



Begitu juga Tn. Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, cara berpidato, berceramah serta memberi kuliah mampu menarik ribuan hadirin, tetapi tidak mampu pun hasilkan walaupun sebuah buku. Dia takde bakat menulis. Yang korang semua tengok buku yang ada ditulis nama dia tu, sebenarnya bukan dia yang tulis, tapi ditulis oleh setiausaha politiknya, Annual Bakri Haron, berdasarkan ceramah dan tazkirah yang diberikan oleh Nik Aziz sendiri.



Sama jugak dengan Subky Abdul Latif. Cara penulisan dia bagus, ramai peminat, tetapi jika dia memberi ceramah, ia tidakla sehebat penulisannya.


Begitulah.....setiap orang ada kelebihan masing-masing...

Monday, March 23, 2009

TERKINI

LALUAN SUKAR PAKATAN RAKYAT


PR akan menghadapi jalan yang sukar untuk menghadapi pilihanraya kecil di Bukit Selambau dan Bukit Gantang, disebabkan banyak calon bebas menjelaskan deposit masing-masing di pejabat SPR.


Kat Bukit Selambau, ada 8 calon bebas. Kat Bukit Gantang lak, 11 calon bebas. Memang satu cabaran. Adakah diorang ni ada sebahagiannya ditaja oleh BN? untuk pecahkan undi? Campur dengan calon AKIM lagi..


Jentera-jentera Pilihanraya bagi PR perlu bekerja lebih kuat, hantar panglima-panglima ke kawasan PRK, jangan ketinggalan di Batang Ai, PKR dah letakkan calon, iaitu bekas calon Lubok Antu, aku lupa nama dia. Dan aku, insyaAllah akan berkampung di salah satu diantara 2 Bukit. Jika tiada halangan.



NORZA ZAKARIA TIDAK DIBENAR BERTANDING


Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, merangkap calon Ahli Majlis Tertinggi UMNO, jugak anak kepada Allahyarham Dato' Zakaria Deros, Norza Zakaria tidak dibenarkan bertanding merebut jawatan AMT ekoran kes rasuah. Ni lagi satu, nasibnya sama seperti Ali Ketam. Dan dilaporkan, dia amat kecewa dengan keputusan tersebut..


Dalam UMNO, kalau nak bertanding, Kalau takde rasuah, bukan calon namanya.....



RAMAINYA MATI DALAM TAHANAN


Menteri Dalam Negeri, Syed Hamid Albar menjawab soalan MP dari Bukit Bendera, tentang jumlah tahanan yang mati dalam penjara dalam tempoh 10 tahun ini. Jawapannya ialah, seramai 1571 orang. Ramainya.... 153 mati kerana penyakit..habis yang selebihnya? Pasal apa? Sekarang polis dipertikaikan..


Masihkah korang ingat mendiang Kugan? Senyap sunyi je, sebarang siasatan tak dibuat.. Mana keadilan??


PERMIT HARAKAH DAN SUARA KEADILAN DIGANTUNG


Pihak KDN dah menggantung permit penerbitan akhbar milik parti pembangkang, Harakah dan Suara Keadilan, selama 3 bulan. Alasan diorang, akhbar ni menerbitkan berita yang tidak benar.


memang UMNO dah terdesak, sebab kedua-dua akhbar tersebut mendapat sambutan yang luar biasa sejak kebelakangan ni..jahat betul. Habis Utusan tu macamana?? Penuh dengan fitnah.


Kat Terengganu tak ketinggalan. ada sesetengah peniaga sorok Harakah dan Suara Keadilan. Bila ditanya, barulah diorang buat keluar. Kata diorang, kalau jual secara terbuka, nanti kena rampas... Demokrasi di negara ini semakin mamposss....


P/S : Nasib baik Siasah dan Wasilah tak jadi mangsa...hehehe... Tak perlu risau, aku rasa ramai lagi yang berani jual Harakah dan Suara Keadilan. Jangan takut sebarkan kebenaran. Nanti kita sama-sama ajar UMNO/BN kat 2 Bukit, 1Batang nanti. Pada bloggers, siap sedia.

PENYIBUK


Parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) telah mengumumkan akan meletak calon mereka kat dua lokasi pilihanraya kecil di Semenanjung, iaitu di Parlimen Bukit Gantang, Perak dan DUN Bukit Selambau, Kedah.


Memang tak serik-serik lagi, memang confirm dah, kau akan kalah. Buat apa masuk bertanding, buat hangus duit je. Penyibuk. Dahla tak dapat sambutan. Elok la kau masuk semula dalam PAS tu. Perjuangan korang takkan ke mana-mana.


Presiden AKIM, Hanafi Mamat berkata, mesyuarat dah dibuat di kedua-dua negeri terbabit, dan semua bersetuju untuk meletakkan calon di Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau.


Hanafi ni masa Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh Ogos lepas, hilang duit pertaruhan. Dapat 91 undi je. hahahaha.. Kesianla calon-calon AKIM di kedua-dua kawasan terbabit..hangus duit.. Masa Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu, AKIM barulah buat satu tindakan cerdik, iaitu calonnya menarik diri, dan menyeru kepada pengundi-pengundi kawasan Kuala Terengganu bagi undi kat PAS.


Suka hati diorangla...banyak duit kot, sebab tu tak takut hilang duit pertaruhan. Bagi aku, batalkan sajalah niat tu..simpan la duit..bukan sikit tu..RM 10 -15 ribu tu....


P/S : Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) adalah serpihan daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang ditubuhkan pada 1995.

AHLI-AHLI DAN PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO PATUT BACA BUKU INI

Aku hanya terjumpa buku ini secara tak sengaja masa aku jalan-jalan di Pasar Payang, Kuala Terengganu. Selepas membelek-belek sekejap, aku ambik keputusan untuk beli buku ini, walaupun ianya tentang UMNO. Selepas baca buku ni, aku berpendapat, kalau UMNO nak buat restoration, diorang patut ambik iktibar daripada buku ini yang dikarang oleh seorang pemerhati politik yang berfikiran kritikal, tidak memihak pada mana-mana parti.


Buku tersebut bertajuk "Amaran Terakhir Bagi UMNO" karangan Yahaya Ismail. Harganya RM 20 saja. Aku takde gambar buku tu, so aku takleh la tunjuk muka depan buku tu. Tapi yang jelas, cover buku tu bergambar Najib.


Sepatutnya UMNO mengkaji balik apa yang diorang perjuangkan. Sebab apa yang diorang lakukan sekarang, jauh menyimpang dari matlamat asal diorang untuk memperkasakan serta membela bangsa, agama, dan negara. Banyak hak-hak Melayu tergadai gara-gara UMNO. Tanah-tanah Melayu semua digadai pada orang-orang asing, tokey-tokey besar yang berkepentingan. Tulisan Jawi dan bahasa kebangsaan entah ke mana. Anak-anak Melayu sudah dinafikan hak diorang untuk memperoleh biasiswa. Peratus orang Islam di negara ini lebih kurang hanya 55%, berbanding 70% lebih sewaktu zaman selepas merdeka dulu. Singapura dan Pulau Pinang dah jadi hak kaum lain. Apa orang-orang dan pemimpin-pemimpin UMNO buat??


Kalau pihak pembangkang membuat jaminan dan memperjuangkan hak kesamarataan rakyat, walaupun kita tau, tak ada satu pun negara yang hak rakyatnya sama-rata. Mesti ada diskriminasi sikit. Hak istimewa orang Melayu membuktikan, tidak ada kesamarataan seperti yang diperjuangkan oleh pembangkang. Jadi orang UMNO tak perlu mengamuk dan melenting jika orang bukan Melayu dan bukan Islam sudah berani meminta itu dan ini. Ini semua kesilapan dan kelemahan UMNO.


Pimpinan UMNO dan ahlinya tolong jangan menyumpah Pakatan Rakyat, jangan mencela Anwar Ibrahim, kerana perjuangan Ketuanan Rakyatnya. Orang politik sanggup buat apa saja untuk peroleh sokongan. Tapi, orang-orang UMNO patut menyumpah seranah orang yang bertanggungjawab memberi kerakyatan jus soli kepada bangsa-bangsa selain Melayu di negara ini. Ianya kehendak Dato' Onn, lepas tu Tunku Abdul Rahman. Kalau orang UMNO nak maki, makilah mereka. Kenapa mereka dengan mudah memberi taraf kewarganegaraan, sekaligus mengikut telunjuk British? Demi survival kaum Melayu, UMNO patut berubah. Seperti yang aku taip sebelum ini, buang sifat tamakkan harta dan pangkat, walaupun UMNO dan rasuah ini sudah jadi seakan-akan darah daging. Tetapi usahalah. Tendang pemimpin-pemimpin yang tak guna. Ubah dasar parti. Kembalikan hak-hak orang Melayu. Perkasakan semula tulisan jawi. Martabatkan semula bahasa kebangsaan.



Pada perhimpunan UMNO yang akan datang, esok, ubahlah, dan insaflah, kalau betul korang komited untuk perjuangkan Melayu. Aku bagi contoh lain, kebobrokan UMNO mengenai bahasa melayu sendiri. Dulu MCA menyalak mahukan Universiti Merdeka ditubuhkan, untuk berbagai kaum, dan bahasa pengantarnya adalah bahasa Inggeris! Tapi UMNO bertegas dan tidak mahu. Tindakan ini mendapat pujian daripada orang Melayu kerana UMNO bertegas mahukan bahasa Kebangsaan digunakan. Tapi kita tengok sekarang, IPTA sekarang dah tukar, bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Apa ni UMNO?! IPTS, yang sekarang ini tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan, mahukan duit semata-mata, pun gunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar!! Di sekolah, anak-anak Melayu dibelenggu oleh PPSMI, yang diibaratkan duri dalam daging! Ini sama sekali bertentangan dengan Penyata Razak 1956 (Najib patut baca, penyata yang dibuat oleh bapaknya!), dan penyata Rahman Talib 1970. UMNO patut sedar dan insaf. Buatlah reformasi, kalau nak kembalikan kepercayaan orang Melayu. Punca orang bukan melayu semakin biadap adalah disebabkan UMNO sendiri. Jadi fikir-fikirkanlah. Selebihnya bacalah buku tu.

Sunday, March 22, 2009

HARI-HARI TERAKHIR DOLAH




Maka tersebutlah alkisah, seorang memanda Perdana Menteri akan meninggalkan kerusi empuknya, dan akan diganti oleh timbalannya. Diala Dolah Badawi, yang hayatnya akan berakhir pada pemilihan agung UMNO hujung bulan ini.. Baru 1 penggal memerintah, sudah disumpah, dimaki hamun, dibenci oleh rakyat, pembangkang, malahan tak ketinggalan oleh orang-orang dan pemimpin-pemimpin UMNO..


Masa mula-mula naik dulu, dia dikenali sebagai "Mr. Clean". Tapi hampeh, ternyata rupa-rupanya seorang yang kuat tido..negara jadi kucar-kacir, inflasi meningkat, dek kerana tabiatnya nakkan banyak duit, naikkan harga petrol sesuka hati, beberapa kali, kadar jenayah pun meningkat, sehinggakan, bagi aku, Malaysia tidak lagi selamat untuk didiami.. semua gara-gara kau, Dolah. Memanjakan menantu kesayangan, KJ, membiarkan anak dan kroni berkuasa, mengambil semula orang yang tak guna seperti Mat Taib, kau memang tak guna wahai Dolah.. Tunggulah nanti kau akan disembelih pada hujung bulan ini..hahaha.. Kau juga dibenci oleh mantan PM negara ini, Mahathir Yahudi. Sedangkan bagi aku, peribadi kau mungkin jauh lebih tinggi dari Si tua itu.


Apa-apapun Dolah, selamat bersara aku ucapkan. Aku juga berharap orang-orang ko nanti ada jugakla tempat dalam kerajaan baru nanti, pimpinan orang Mongolia..walaupun calon favourite kau dah tak dibenarkan bertanding, tapi ko masih boleh letak harapan kat KJ, menantu kesayangan kau tu..

PENGUMUMAN

Harap sebarkan maklumat tentang syarahan dan dialog "Iraq. Situasi Semasa dan Cabaran Masa Depan Ummah."


Tetamu Jemputan : Hujjatul Islam wal Muslimin Sayed Jawwad al-Syarastani, wakil mutlak Ayatullah al-Uzma Sayed Ali al-Sistani.


Turut Hadir : Ayatullah Abbas Bigdili Kasyani, Ayatullah Mohd Hussein Asy'ari, dan rombongan Ulama' dari Najaf, Iraq.


Pukul : 3pm - 6pm (petang)


Hari : Selasa


Tarikh : 24 Mac 2009


Tempat : Auditorium 1, Komplek Kejiranan, Presint 16, Putrajaya. (belakang Alamanda)



SEMUA MUSLIMIN DIJEMPUT HADIR

4 BERITA TERKINI..

NAKHODA LA PLAK...


Mursyidul Am PAS, Tn. Guru Nik Aziz Nik Mat kata dia ni ibaratkan nakhoda sebuah kapal, tidak ada sebab dia tak akan bertemu dengan anak-anak kapal. Itula simboliknya bila ditanya oleh pihak TV3 jika dia diajak bertemu dengan Presiden PAS, Tn. Guru Hj. Abdul Hadi Awang, berkenaan kenyataan Ustaz Hadi yang mengeluarkan idea kerajaan perpaduan diantara parti pemerintah dan pembangkang. Nik Aziz sepatutnya janganla melatah dulu, dah tau kan TV3 tu UMNO punya, mesti la nak melaga-lagakan pimpinan pembangkang. Dia ni pun satu, orang cakap lain, dia faham cara lain. Ini la TV3, orang kata nak bentuk kerajaan campuran pemerintah dan pembangkang, tapi dia pegi lapor yang Ustaz Hadi nak PAS dan BN buat kerajaan campuran... dasar penjahat media..sengaja perbesarkan isu yang bawak keuntungan kat BN..makan duit haram la pembaca-pembaca berita tu, takda maruah dan harga diri langsung...



MASALAH N.25


Belum apa-apa lagi dah timbul masalah di lokasi pilihanraya N.25 DUN Bukit Selambau. Masa diumumkan calon tersebut (S. Manikumar) oleh Ketua Umum PKR dan Menteri Besar Kedah, sebilangan kaum "Makkal Sakhti" India tak puas hati. Diorang mendakwa calon yang dipilih tidak dikenali oleh pengundi DUN tersebut, dan calon itu calon payung terjun. Dan jugak dakwa diorang lagi, calon yang dipilih itu berdasarkan kronisme...aduh!


Macam mana ni, belum apa-apa lagi dah ada masalah dah, mana yang salah ni, kelompok yang tak puas hati ke atau orang yang pilih calon???



TIMBALAN KETUA MENTERI 1 PULAU PINANG LETAK JAWATAN


Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin dah hantar surat letak jawatan kat Ketua Menteri, Lim Guan Eng. Sebabnya, tak diketahui... Tapi yang selama ini yang aku dapat tau, si Fairus ni kira buat penyelewengan la jugak masa ada jawatan, dan kurang turun padang.. Macam ni la manusia lepas bergelar pemimpin, ramai yang kalah dengan nafsu, masa jadi calon, janji macam-macam..Hai ntahla, macam-macam masalah la pemimpin-pemimpin PKR ni...takde tarbiyah la tu..



TAKDE MODAL


Pemimpin UMNO yang pakai lipstik, Adnan Mansor dah takde modal masa menjawab soalan-soalan peserta di Kem Kepimpinan kat KL.. tanya lain, jawab lain, pastu orang lain yang jadi mangsa. Orang mempersoalkan kenapa ramai pemimpin UMNO adalah ahli perniagaan, dia jawab dulu ada seorang guru, tapi berjaya jadi pemimpin tinggi. Anwar Ibrahim. Dia cakap, oleh kerana Anwar ni ada niat jahat masa sertai parti, sebab tu la dia ditendang keluar. Alih-alih masuk bab Anwar, jadi mangsa!

Pastu si Adnan ni kata lagi, Anwar masa dulu pun main politik wang, masa menentang jawatan Timbalan Presiden UMNO dari Ghaffar Baba pada 1993.. Betul ke fitnah ni??

Memang dah takde modal, cerita dulu-dulu yang tak sahih pun dikorek semula, memang dasar tak guna pemimpin-pemimpin UMNO....

Saturday, March 21, 2009

SIAPA YE?

Pemilihan agung UMNO tak lama lagi. Boleh la disaksikan pemimpin-pemimpin yang gila kuasa dan jawatan bertanding. Kalaula ditakdirkan orang yang bertanding ni menang, adakah dijamin ada perubahan kat orang melayu? seterusnya kepada negara ni? Memang teramat mustahil nak jadi calon kalau tak main duit. Itulah budaya parti UMNO sekarang. Takde duit, takleh melobi, jangan harapla nak rebut jawatan. Bukannya tak tau, memang semua ada kes politik wang. Tapi yang kena hanyalah Ali Ketam dan KJ.


Apa-apapun, aku jamin, confirm, aku rasa takde perubahan yang berlaku kalau jawatan bertukar tangan. Aku rasa nasib melayu macam ni jugak la, tak pun lagi teruk. Jawatan Timbalan Presiden sekarang ni hanya tinggal 2 orang calon, Muhyiddin dan Mat Taib. Si Ali Ketam gigit jari, takleh bertanding. Luka hatinya, dan dia sekarang ni tengah menangis dalam ketawa. Bagi jawatan Naib Presiden la, seingat aku yang nak bertanding ialah Hishamuddin, Syed Hamid Albar, Rais Yatim, Khaled Nordin, Shafie Apdal, dan Zahid Hamidi. Rasa-rasa la. Si Zahid ni memang tak guna, aku doakan ko kalah. Dulu duk kipas ponggong Anwar Ibrahim, pastu bertukar plak jadi pencium ponggong Mahathir.


Jawatan Ketua Pemuda lak, direbut oleh 3 calon. Khir Toyol a.k.a Michael Jackson, Mukhriz anak mak, dan Khairy Jamaluddin, menantu tersayang. Jawatan ni aku setuju KJ menang, walaupun aku tersangat meluat dan benci ngan dia ni. Pasal dia proksi Dolah. Walaupun diberi amaran sebab kes politik wang, tapi dia masih boleh bertanding. Si Toyol aku pun doakan ko kalah, begitu jugak Mukhriz, sebab ko akan ikut telunjuk bapak ko.


Pastu Ketua Wanita. Si Rafidah sekarang ni mesti panas ponggong, sebab Datuk Kamilia kata dia lebih selesa bekerja dengan Shahrizat. Memang pon si Rafidah ni patut berundur, dia ni lama sangat pegang jawatan tu. Ayam tua dah tak diperlukan lagi. Balik berehat je la nenek AP.


Macam aku sebut kat atas tadi, tak kirala jawatan-jawatan tersebut dapat kat sapa, aku rasa keadaan tetap tak berubah. Nasib kaum Melayu macam tu jugak le. Kalau UMNO nak tarik balik sokongan rakyat terutamanya Melayu, ubati dulu penyakit kejarkan kuasa, duit, dan pangkat, pastu tendang pemimpin-pemimpin yang fikirkan perut semata-mata.

DIA MENYALAK LAGI....




Aku tengok berita semalam, ada semacam majlis apa ntah, si tua ni ada. Dia kata keadaan Melayu sekarang ni mencemaskan, dan dia nak tengok melayu yang berpecah bersatu demi keuntungan negara.


Aku terus menyumpah dia ni dalam hati. Dia ni tak sedar diri, patutnya dia cermin muka dia tu. Dia la punca melayu berpecah. Tahun 1987, Melayu berpecah bukan sebab dia?? Tahun 1998, lagi sekali melayu berpecah, bukan dia gak ke puncanya??


Ko ada kuasa dulu tak fikir, ko lah raja, semua kena ikut telunjuk ko. Sekarang, dah takde kuasa, dah pencen, mula la melalak-lalak tengok kelemahan orang memerintah. Patutnya ko tu duduk diam-diam. Dah pencen buatla cara pencen. Kalau ada peluang sah aku lempang ko puas-puas. Tak tau jaga mulut.

Thursday, March 19, 2009

ALI RUSTAM TIDAK DIBENAR BERTANDING





Aku hanya tergelak dalam hati bila Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO memutuskan Ali Rustam, (aku panggil Ali Ketam) tidak dibenarkan bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO akibat daripada politik wang. KJ pulak hanya diberi amaran, tapi kesalahan sama dengan Ali Ketam. Keh Keh Keh.....aku dah agak dah..KONSPIRASI..ye, memang ini suatu konspirasi, untuk singkirkan pengaruh Dolah Badawi bila Najib Altantuya al-Mongolia berkuasa nanti.






Ali Ketam memang dikenali sebagai orang Dolah, jadi satu konspirasi dibuat untuk menghalang dia ni jadi TPM. Aku, secara peribadi, memang tak suka dengan pemimpin-pemimpin UMNO, tapi aku berpendapat, biar ada orang Dolah Badawi dalam pucuk pimpinan UMNO supaya menjadi lebih seimbang. Najib memang diketahui, adalah proksi kepada Mahathir Yahudi. Aku kalau diikutkan, memang aku sokong jika Ali Ketam jadi TPM, dan si Khairy jadi Ketua Pemuda. Biar orangDolah Badawi ada kuasa sket. Tapi memangla, politik memang kotor. Aku YAKIN, INI MESTI KERJA MAHATHIR KUTTY AL-YAHUD. Dia ni memang tak suka kat Dolah, so dia mempengaruhi Lembaga Disiplin untuk singkirkan pengaruh Dolah.




Aku tak percaya, tak percaya si Mat Taib tak terlibat langsung dengan politik wang. Dia memang pemimpin UMNO yang banyak masalah. Memang aku sangat kesal kalau si Mat Taib ni berjaya jadi TPM. Dalam hati aku hanya "HAHAHA" bila diumumkan Toyol tak bersalah! Hahahahahahahaha!!!!! Toyol tak bersalah? Toyol kan sinonim dengan duit? Apekel pulak takde kes? Si Mukhriz pun takkan takde kes?





Memang sepatutnya badan disiplin UMNO patut dikaji balik. Pengerusinya udah mereng...tua sangat, kedut pun banyak. Balik berehatla atuk oiii...kubur sudah memanggil-manggil...rumah pun sudah kata pergi...

PENDATANG ASING

Aku terkedu bila menonton 360 di TV3 semalam..jumlah pendatang asing yang bermastautin kat negara kita ni melebihi 2 juta..TIDAK TERMASUK yang takde dokumen perjalanan sah..(PATI le tu...)


Aku tak henti-henti menyalahkan KDN, dan juga Menteri Dalam Negeri, Syed Hamid Albar. Diorang ni buat kerja ke tak? Memang dasar tak peka dengan permasalahan sosial yang ditimbulkan oleh "bangsat-bangsat" dari Indonesia, Bangladesh, Nepal, Myanmar, Negro, dsb.


Diorang bebas berniaga, bahkan lebih 10 tahun, tiada masalah pun. Sedangkan warganegara, rakyat tempatan, nak berniaga pun susah...lagipun sekarang musim buang pekerja..


Aduhai...malangnya nasib rakyat Malaysia bawahan..aku hanya mampu mengeluh, seterusnya melontarkan keluhan dan pandangan ke dalam satu-satunya blog aku ini..


Kenapa susah sangat nak halang PATI masuk ke negara ni? Kenapa biarkan kebanjiran orang luar kat negara kita ni? Perosak pemandangan...tengokla di pusat-pusat bandar, bandar-bandar besar di hari minggu, penuh dengan puak-puak diorang berkumpul...awat takde rasa apa-apa ke pihak yang bertanggungjawab ni??


Masa konfrontasi antara Malaysia dengan Indonesia pada 1960-an dulu, perairan sempadan negara ni dikawal dengan baik oleh pihak keselamatan, tapi apasal zaman sekarang kawalan sebegitu tak mampu dibuat lagi? Adakah sebab sibuk makan rasuah? Buat kerja sambil lewa?


Banyak kekecohan yang puak-puak bangsat ni timbulkan...alangkah baiknya jika polis dan FRU yang diguna untuk mengasari rakyat Malaysia, digunakan untuk menangani puak-puak ni..



Alahai.....

Say "NO" to KERAJAAN PERPADUAN

Presiden PAS, Hj. Abdul Hadi Awang mencadangkan pembentukan kerajaan campuran antara pembangkang dan pemerintah, untuk melicinkan pentadbiran negara, seterusnya memudahkan untuk hadapi krisis ekonomi yang bakal melanda, lebih kurang macam tu lah. Tapi idea ni ditentang oleh Mursyidul Am PAS sendiri, Nik Abdul Aziz Nik Mat, dan aku yakin, mesti kebanyakan penyokong-penyokong PR tidak setuju ngan idea ni. Termasukla aku.


Nik Aziz berkata, ini membelakangkan keputusan parti pada muktamar lepas di Ipoh, bahawa PAS tidak akan bergabung dengan BN. Dan semalam Nik Aziz juga kata, biar Mesyuarat Tertinggi memutuskan.


Aku adalah salah seorang yang tidak bersetuju dengan idea pembentukan kerajaan campuran. Ustaz Hadi sudah lupa ke, PAS sudah banyak kali dipatuk oleh ular UMNO yang sebegitu bisa? Lupakah bahawa begitu sadis dan tragiknya apabila PAS ditendang keluar dari kerajaan BN pada 1978? Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "Orang Mukmin tidak akan dipatuk di lubang yang sama,"


Anwar Ibrahim mengumumkan, usul tersebut akan dibincangkan di mesyuarat Pakatan Rakyat yang akan datang. Aku harap janganla perkara sebegini terjadi. Presiden PAS sepatutnya tidak lancang mulutnya....


Katakan "TIDAK" kepada kerajaan campuran bersama BN...sekali lawan, tetap lawan.

Wednesday, March 18, 2009

CERITA APA LAGI SI TOLOL NI NAK BUAT??




Memang, bagi aku, semua cerita yang dia buat ni nak menyesatkan orang melayu. memang teruk. Kesannya orang melayu mesti terikut-ikut dengan tindakan bodoh dalam filem-filem dia. Dasar orang berfahaman liberal, sekular, macam ni la.


Faisal Tehrani pernah kata, citer ni memang sesat lagi menyesatkan. Orang Melayu yang bodoh, tolol ni enjoy la tengok. Memang, cerita yang dia buat ni langsung tak mencerminkan adat Melayu, yang paling penting tiada adab atau ciri sebagai Islam. Aku harap sangat la negara ni nanti dikuasai Islam, pastu haramkan cerita-cerita camni.




Tolak la filem-filem camni.